Sabtu, 3 Mac 2012

LAPURAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PELAJARAN NS






MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH – 10.10.2011

1.     PENEMPATAN PEMBANTU MAKMAL DI SEKOLAH

Pihak Pekerja memohon JPN mengkaji semula penempatan pembantu makmal  di sekolah.

Pihak Jabatan memaklumkan kajian norma perjawatan adalah di bawah bidang BPSM (Naziran dan Perjawatan). Mengikut norma perjawatan yang diluluskan 1 makmal = 1 pembantu makmal

2.       KURSUS PEMBANTU MAKMAL DIBUAT DI SEKOLAH   

Pihak pekerja memohon kursus pembantu makmal dibuat di makmal sekolah untuk menjimatkan belanja.

Pihak Jabatan memaklumkan untuk tahun 2012, Kursus Pembantu Makmal akan diadakan secara “on site” mengikut daerah. Walaubagaimanapun tertakluk kepada peruntukan jabatan.

3.       PELUPUSAN SISA KIMIA

Pihak pekerja memohon pelupusan dibuat di peringkat negeri dengan syarikat Kualiti Alam

Pihak Jabatan memaklumkan bahawa pihak KPM tidak menyediakan peruntukan bagi tujuan pelupusan. Walaubagaimanapun Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset telah mengemukan rayuan bagi mendapatkan peruntukan itu.

4.       PEMBANTU MAKMAL YANG BERSARA

Pihak pekerja memohon pengganti bagi mengelakkan masalah di makmal

Pihak Jabatan memaklumkan kekosongan akibat persaraan dan pertukaran dimaklumkan secara berkala ke BPSM dua kali sebulan. Pengisian hanya dilakukan apabila bekalan Pembantu Makmal di terima dari BPSM.






MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH – 15.12.2011

1.       LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Diwujudkan Jurulatih Utama (JU) Pembantu Makmal Sainsd yang dilantik terdiri dari Pembantu Makmal Sains dalam Negeri Sembilan untuk Kursus Pembantu Makmal.
Dua kursus dalam setahun :
i)        Berkhidmat lebih 10 tahun. (Kursus Motivasi dan pengurusan makmal)
ii)      Berkhidmat kurang 10 tahun. (Kursus Pengurusan Makmal Sains dan bengkel)

P                Pelaksanaan kursus adalah tertakluk kepada peruntukan yang diterima daripada BPSM,. KPM.




MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH - 29.2.2012

1.       JAWATAN PEMBANTU MAKMAL CEMERLANG

Pihak Pekerja mencadangkan diwujudkan Jawatan Pembantu Makmal Cemerlang.

Pihak Jabatan menjelaskan perkara ini berkaitan dengan dasar kerajaan. Kesatuan diminta menghantar permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk dipanjangkan kepada Agensi Pusat.

2.       BANGKU MAKMAL MUDAH PECAH

Pihak Pekerja mencadangkan agar bangku makmal sedia ada sekarang digantikan dengan bangku plastik keras.

Pihak Jabatan menjelaskan Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memohon agar sekolah – sekolah yang terlibat menghantar laporan kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset untuk
permohonan penggantian.
  
3.       KEBUK WASAP ROSAK

Pihak Pekerja memohon Jabatan Pelajaran uruskan syarikat yang mudah dihubungi berkaitan dengan kebuk wasap.

Pihak Jabatan menjelaskan Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memohon agar sekolah – sekolah yang terlibat menghantar laporan kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset untuk
permohonan penggantian.

4.       PEMBANTU MAKMAL GRED C 22

Pihak Pekerja memohon diperbanyakkan jawatan Gred C 22 di sekolah.

Pihak Jabatan menjelaskan pengisian jawatan Pembantu Makmal Gred C 22 yang diluluskan oleh KPM berdasarkan bilangan kelas makmal yang beroperasi kepada Tingkatan 6 bagi sekolah tersebut.





MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH - 7.5.2012

1.       MAKMAL TERBILANG

Pihak Pekerja mencadangkan diwujudkan semula anugerah pengurusan makmal terbilang yang kali terakhir pada tahun 2007.

Pihak Jabatan menjelaskan Anugerah Makmal/Galeri Terbilang kali terakhir diberi kepada sekolah pada tahun 2008. Selepas itu kategori ini dimansuhkan berikutan masalah peruntukan kewangan untuk menampung kos hadiah. Walau pun begitu cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi untuk kelulusan dan diwujudkan semula pada tahun 2013

2.       EXHAUST FAN DI STOR BAHAN KIMIA

Pihak Pekerja mencadangkan exhaust fan wajib dipasang di stor bahan kimia agar peredaran uadara berlaku dengan baik. Stor bahan kimia adalah kawasan merbahaya dan perlu pemantauan berkala oleh majikan.
 
Pihak Jabatan menjelaskan pihak BPSH sedang dalam kajian untuk menggantikan peralatan – peralatan makmal sekolah di seluruh negara. Penggantian dan penaiktarafan makmal akan dibuat secara berperingkat oleh pihak BPSH.

3.       BEKALAN KOMPUTER

Pihak Pekerja memohon dibekalkan satu computer dan printer di setiap makmal sains.

Pihak Jabatan menjelaskan tiada peruntukan khas membekal computer dan pencetak di makmal sains. Jika ada pun mungkin di bawah program – program khas.



MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH - 27.11.2012

1.       BANGKU MAKMAL SAINS TIDAK MENCUKUPI (BANGKU MUDAH PECAH)

Pihak Pekerja memohon dibekalkan bangku yang berkualiti.

Pihak Jabatan menjelaskan spesifikasi bangku makmal sains adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM. Jika terdapat sebarang kerosakan maklumkan segera kepada JPN agar tindakan dapat dibuat kepada pembekal.



MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH - 21.3.2012

1.       LAB COAT 2 PASANG DAN KASUT 2 PASANG

Pihak Pekerja mohon dibekalkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 tahun 2011.

Permohonan peruntukan untuk membekal Lab Coat dan kasut kepada pembantu makmal untuk tahun 2014 telah dimasukkan ke dalam ABM 2014. Bagi tahun 2013, Lab Coat akan dibekalkan sekiranya terdapat lebihan peruntukan untuk pakaian seragam di bawah OS 27000.