MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH – 10.10.2011
1. PENEMPATAN
PEMBANTU MAKMAL DI SEKOLAH
Pihak Pekerja memohon JPN mengkaji semula penempatan
pembantu makmal di sekolah.
Pihak Jabatan memaklumkan kajian norma
perjawatan adalah di bawah bidang BPSM (Naziran dan Perjawatan). Mengikut norma
perjawatan yang diluluskan 1 makmal = 1 pembantu makmal
2. KURSUS
PEMBANTU MAKMAL DIBUAT DI SEKOLAH
Pihak pekerja memohon kursus pembantu makmal dibuat di
makmal sekolah untuk menjimatkan belanja.
Pihak Jabatan memaklumkan untuk tahun
2012, Kursus Pembantu Makmal akan diadakan secara “on site” mengikut daerah.
Walaubagaimanapun tertakluk kepada peruntukan jabatan.
3. PELUPUSAN
SISA KIMIA
Pihak pekerja memohon pelupusan dibuat
di peringkat negeri dengan syarikat Kualiti Alam
Pihak Jabatan memaklumkan bahawa
pihak KPM tidak menyediakan peruntukan bagi tujuan pelupusan. Walaubagaimanapun
Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset telah mengemukan rayuan bagi mendapatkan
peruntukan itu.
4. PEMBANTU
MAKMAL YANG BERSARA
Pihak pekerja memohon pengganti bagi
mengelakkan masalah di makmal
Pihak Jabatan memaklumkan kekosongan
akibat persaraan dan pertukaran dimaklumkan secara berkala ke BPSM dua kali
sebulan. Pengisian hanya dilakukan apabila bekalan Pembantu Makmal di terima
dari BPSM.
MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH – 15.12.2011
1. LATIHAN
DALAM PERKHIDMATAN
Diwujudkan Jurulatih Utama (JU)
Pembantu Makmal Sainsd yang dilantik terdiri dari Pembantu Makmal Sains dalam
Negeri Sembilan untuk Kursus Pembantu Makmal.
Dua kursus dalam setahun :
i)
Berkhidmat lebih 10 tahun. (Kursus Motivasi dan
pengurusan makmal)
ii) Berkhidmat
kurang 10 tahun. (Kursus Pengurusan Makmal Sains dan bengkel)
P Pelaksanaan kursus adalah tertakluk
kepada peruntukan yang diterima daripada BPSM,. KPM.
MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH - 29.2.2012
1. JAWATAN
PEMBANTU MAKMAL CEMERLANG
Pihak
Pekerja mencadangkan diwujudkan Jawatan Pembantu Makmal Cemerlang.
Pihak
Jabatan menjelaskan perkara ini berkaitan dengan dasar kerajaan. Kesatuan
diminta menghantar permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk
dipanjangkan kepada Agensi Pusat.
2. BANGKU
MAKMAL MUDAH PECAH
Pihak Pekerja mencadangkan agar
bangku makmal sedia ada sekarang digantikan dengan bangku plastik keras.
Pihak Jabatan menjelaskan Unit
Perolehan dan Pengurusan Aset memohon agar sekolah – sekolah yang terlibat
menghantar laporan kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset untuk
permohonan penggantian.
3. KEBUK
WASAP ROSAK
Pihak Pekerja memohon Jabatan
Pelajaran uruskan syarikat yang mudah dihubungi berkaitan dengan kebuk wasap.
Pihak Jabatan menjelaskan Unit
Perolehan dan Pengurusan Aset memohon agar sekolah – sekolah yang terlibat
menghantar laporan kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset untuk
permohonan penggantian.
4. PEMBANTU
MAKMAL GRED C 22
Pihak Pekerja memohon diperbanyakkan
jawatan Gred C 22 di sekolah.
Pihak Jabatan menjelaskan pengisian
jawatan Pembantu Makmal Gred C 22 yang diluluskan oleh KPM berdasarkan bilangan
kelas makmal yang beroperasi kepada Tingkatan 6 bagi sekolah tersebut.
MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH - 7.5.2012
1. MAKMAL
TERBILANG
Pihak Pekerja mencadangkan diwujudkan
semula anugerah pengurusan makmal terbilang yang kali terakhir pada tahun 2007.
Pihak Jabatan menjelaskan Anugerah
Makmal/Galeri Terbilang kali terakhir diberi kepada sekolah pada tahun 2008.
Selepas itu kategori ini dimansuhkan berikutan masalah peruntukan kewangan
untuk menampung kos hadiah. Walau pun begitu cadangan ini akan dibincangkan
dalam mesyuarat pengurusan tertinggi untuk kelulusan dan diwujudkan semula pada
tahun 2013
2. EXHAUST
FAN DI STOR BAHAN KIMIA
Pihak Pekerja mencadangkan exhaust
fan wajib dipasang di stor bahan kimia agar peredaran uadara berlaku dengan
baik. Stor bahan kimia adalah kawasan merbahaya dan perlu pemantauan berkala
oleh majikan.
Pihak Jabatan menjelaskan pihak BPSH
sedang dalam kajian untuk menggantikan peralatan – peralatan makmal sekolah di
seluruh negara. Penggantian dan penaiktarafan makmal akan dibuat secara
berperingkat oleh pihak BPSH.
3. BEKALAN
KOMPUTER
Pihak Pekerja memohon dibekalkan satu
computer dan printer di setiap makmal sains.
Pihak Jabatan menjelaskan tiada
peruntukan khas membekal computer dan pencetak di makmal sains. Jika ada pun
mungkin di bawah program – program khas.
MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH - 27.11.2012
1. BANGKU
MAKMAL SAINS TIDAK MENCUKUPI (BANGKU MUDAH PECAH)
Pihak Pekerja memohon dibekalkan
bangku yang berkualiti.
Pihak Jabatan menjelaskan spesifikasi
bangku makmal sains adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan Bahagian
Perolehan dan Pengurusan Aset KPM. Jika terdapat sebarang kerosakan maklumkan
segera kepada JPN agar tindakan dapat dibuat kepada pembekal.
MESYUARAT MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH - 21.3.2012
1. LAB
COAT 2 PASANG DAN KASUT 2 PASANG
Pihak Pekerja mohon dibekalkan
berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 tahun 2011.
Permohonan peruntukan untuk membekal
Lab Coat dan kasut kepada pembantu makmal untuk tahun 2014 telah dimasukkan ke
dalam ABM 2014. Bagi tahun 2013, Lab Coat akan dibekalkan sekiranya terdapat
lebihan peruntukan untuk pakaian seragam di bawah OS 27000.